Thursday, 2 February 2017

1 more to go

Akhirnya aku lulus dengan  cemerlang :p

Tak kisah pun tak cemerlang tapi Alhamdulillah akhirnya aku lulus subjek yang aku pernah retake, drop, retake, drop, retake- pass.

Salah satu motivasi aku untuk ulang semula subjek EDC3100 ialah seseorang yang dia pun dah banyak kali retake subjek tapi tetap terus retake setiap kali dia gagal. Subjek yang dia ambil pun memang sah sah jauh lebih susah dari aku.

Benda yang aku belajar dari pengalaman ku retake ini ialah 
"jangan sedih memanjang dengan kekurangan kita kerana kekurangan kita boleh menjadikan kita guru (reference) kepada orang lain"

Aku sendiri rasa benda ini sebab aku pernah jawab soalan orang yang segan nak sambung belajar lagi sebab dah lewat 20-an. In a way, I am glad for my experience which was stressful at that time but it has helped others- I hope!

:D

No comments:

Post a Comment